Pendedahan Produk
Kembali


LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK (LPR)

Baca LPR ini sebelum anda memutuskan untuk mengambil produk Akaun Emas KiGA. Pastikan juga membaca Terma dan Syarat produk. Dapatkan penjelasan dari kami jika anda tidak memahami mana-mana bahagian di dalam dokumen ini atau syarat umum


KiGA


1. KiGA ialah produk emas digital patuh Syariah yang menawarkan emas dalam kuantiti yang kecil dan boleh diagihkan untuk pelanggan membeli dan menjual balik dengan emas fizikal sebenar disimpan dalam bilik kebal di Malaysia.
2. KiGA menyediakan harga emas secara langsung untuk pelanggan membeli dan menjual.
3. Pelanggan boleh meminta emas fizikal dalam bentuk fizikal emas ditempa dengan membayar kos pertukaran yang diperlukan.
4. Pihak yang terlibat dalam transaksi Emas:
Ace Capital Growth Sdn Bhd (ACE)
a) Sebagai Penjual
ACE (dalam kapasiti mereka sebagai Pembekal Emas) menjual emas tersebut kepada pelanggan.
b) Sebagai Pembeli
ACE (dalam kapasiti mereka sebagai Pembekal Emas) membeli kembali emas dari pelanggan semasa transaksi penjualan.
c) Sebagai Penjaga
ACE untuk menyimpan emas yang dibeli oleh pelanggan melalui platform KiGA dengan selamat
d) Sebagai Pembekal Emas
ACE memperoleh 999.9 yang diiktiraf LBMA untuk dijual melalui platform KiGA.
e) Sebagai Penyedia Penyimpanan
ACE bertindak sebagai penyedia penyimpanan untuk transaksi emas di platform KiGA.

Pelanggan
a) Sebagai Pembeli - Pelanggan membeli emas daripada Platform KiGA
b) Sebagai Penjual - Pelanggan menjual emas daripada Platform KiGA

Koperasi Pos Nasional berhad (KOPONAS)
a) Sebagai Ejen/Wakil - KOPONAS menyediakan laman web untuk pelanggan ke platform KiGA.




KELAYAKAN


Individu/Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.



KONSEP SHARIAH

Konsep Syariah utama yang terpakai adalah:
a) Aqad adalah merupakan Kontrak Islam yang menyatakan Tawaran dan Penerimaan Penjualan emas & syaratnya antara pelanggan dan ACE. Pelanggan perlu membaca kontrak dengan teliti dan bersetuju dengan Harga Jual dan pertimbangan lain sebelum meneruskan transaksi. Pembatalan atau pengembalian wang tidak akan dilayan oleh ACE setelah pelanggan membuat transaksi atau menerima kontrak dan syaratnya.
b) Bai’ Sarf merujuk kepada kontrak pertukaran secara sederhana yang berupa mata wang, emas, perak, atau bentuk lain yang diterima Syariah. Bai’ Sarf juga merujuk kepada kontrak pertukaran mata wang yang sama atau berbeza.
c) Wakalah adalah konsep utama Syariah yang berlaku di Akaun KiGA berhubung peranan ejen Pembekal Emas (ACE). Berdasarkan konsep ini, KOPONAS akan bertindak sebagai ejen kepada Pembekal Emas dan mempromosikan platform KiGA.


CIRI-CIRI PRODUK

Item Perkara
Pembelian Permulaan RM25.00
Minimum pembelian seterusnya RM25.00
Ketulenan Emas 999.99%
Mata Wang Malaysia Ringgit (RM)
Kaedah Membeli & Menjual Pembelian / Penjualan Dalam Talian
Pembelian / Penjualan dalam talian merujuk kepada pembelian dan penjualan emas melalui platform KiGA. Transaksi secara dalam talian membolehkan pelanggan membeli dan menjual emas.
Penukaran Emas Pelanggan mempunyai pilihan untuk menukar pemilikan emas digital kepada fizikal emas yang ditempa mengikut denominasi yang tersedia seperti 0.5 gram, 1 gram, 2.5- gram, 5 gram, 10 gram, 50 gram,100 gram, 1 Dinar (4.25 gram), 5 Dinar (21.25 gram)
Waktu Transaksi Waktu urusniaga bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 11.59 malam, Isnin hingga Ahad, termasuk cuti umum mengikut kalendar Wilayah Persekutuan.
Sejarah Transaksi Setiap Bulan


YURAN DAN CAJ YANG TERLIBAT


1. Kadar Caj

Denominasi
(Gram)
Jumlah Pertukaran setiap Keping
(RM)
0.5 52.00
1 48.50
2.5 83.00
5 85.50
10 130.50
4.25 88.25
21.25 239.25
50 515.50
100 865.50


2. Caj Penghantaran Emas Fizikal

Caj Penghantaran Kos Limit Bungkusan
WM/EM RM15.00 setiap bungkusan 30kpg/100g

Ilustrasi Pertukaran Emas Fizikal
Senario Pengiraan Jumlah perlu dibayar oleh pelanggan
Caj Pembuatan Bungkusan untuk Penghantaran
2 gram fizikal gold (denominasi yang sama - 1 gram) RM 48.50 x 2 kpg RM 15.00 RM 112.00
100 gram emas fizikal (pelbagai denominasi) 50 gram - RM 515.50 x 1 kpg
10 gram – RM130.50 x 3 kpg
5 gram - RM 85.50 x 4 kpg
RM 15.00 RM 1,249.00


3. Caj Simpanan Emas
a) Caj penyimpanan ialah 1% setahun berdasarkan baki emas harian anda. Caj penyimpanan akan dikumpul setiap hari dan didebitkan daripada akaun bulanan pada akhir bulan atau bersamaan MYR1.00 dalam gram tertakluk kepada mana-mana yang lebih tinggi atau semasa penutupan akaun. Untuk penutupan akaun, caj penyimpanan akan dikira secara pro-rata.
b) Caj penyimpanan ini dikira pada kadar sedemikian dan tertakluk kepada caj minimum setiap bulan, seperti yang n ditentukan dari semasa ke semasa. ACE akan memberitahu anda dengan menyiarkan pada Platform sekurang-kurangnya lima (5) hari perniagaan sebelum tarikh kuat kuasa perubahan.


4. Caj Transaksi (FPX)
Pelanggan akan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM 1.20 setiap transaksi (FPX). Hanya untuk transaksi yang berjaya sahaja akan dikenakan.


HUBUNGI KAMI

Hubungi kami Hubungi kami secara digital
Pasukan khidmat pelanggan Emel kami di [email protected]
Isnin - Jumaat: 08:30 pagi to 17:30 petang (tidak termasuk cuti umum)
03 - 2274 7277